Warning: mysql_connect(): Can't connect to local MySQL server through socket '/var/lib/mysql/mysql.sock' (2) in /users/iwebland.com/yani/tracker/tracker.php on line 21

Warning: mysql_select_db(): supplied argument is not a valid MySQL-Link resource in /users/iwebland.com/yani/tracker/tracker.php on line 23

Warning: mysql_query(): Can't connect to local MySQL server through socket '/var/lib/mysql/mysql.sock' (2) in /users/iwebland.com/yani/tracker/tracker.php on line 27

Warning: mysql_query(): A link to the server could not be established in /users/iwebland.com/yani/tracker/tracker.php on line 27
Fendi Family : A family from malaysia
 
 

December 2002

First time kami sekeluarga beraya di perantauan. Hari raya macam bukan hari raya sahaja. Kami tidak dapat pergi ke Kedutaan Malaysia untuk sama-sama menyambut hari raya dengan orang lain di sana kerana papa terpaksa menghadiri kelas. Papa tidak mahu ponteng kelas semata-mata untuk beraya di kedutaan. Kata papa, kelas hari tu adalah penting, apatah lagi papa baru saja masuk ke kelas itu.


30 November 2002

Bergambar bersama kawan-kawan papa di tempat papa belajar. Gambar ini diambil untuk dihantar dlm ruangan salam aidilfitri Utusan Malaysia

bersama student TIT

 

20 November 2002

Sudah sebulan lebih papa kembali bergelar seorang pelajar dan sudah sebulan lebih juga lah kami semua berada di sini. Mama masih kekok dengan suasana di sini, Afiq juga begitu. Aina pula tidak merasa apa-apa, mungkin terlalu kecil untuk mengerti. Papa mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling kerana sebelum ini papa pernah tinggal di sini selama lebih kurang empat tahun. Cuma bezanya dulu papa bujang, kini papa ada keluarga yang perlu diberi perhatian.


12 October 2002

Setelah sepuluh hari berada di student house, kami sekeluarga berpindah ke rumah sewa di Kamiikedai. Perjalanan dari rumah sewa ke tempat pengajian papa mengambil masa setengah jam berbasikal. Kalau dulu kereta atau motosikal menjadi kenderaan papa ke tempat kerja, sekarang basikal menjadi kenderaan papa untuk ke tempat pengajian. Nasihat papa....kami perlu banyak bersabar hidup di negara orang... apatah lagi berada di bandaraya yang kos hidupnya tinggi... Kalau dulu kami berkereta ke hulu ke hilir....kini densha(keretapi) menjadi pengganti. Kami semua perlu lupa untuk seketika kesenangan yang pernah kami miliki itu. Seperti kata pepatah melayu " Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian."

basikal papa

 

2 October 2002

Hari ini bermulalah kehidupan kami sekeluarga di bumi matahari terbit ini. Rumah pelajar Malaysia dijadikan tempat tumpangan sementara sebelum papa dapat menyewa rumah yang sesuai. Papa belum lagi dapat berehat dan menjalankan tugas harian seperti biasa. Apa tidaknya...papa sibuk dengan urusan pendaftaran di universiti dan pada masa yang sama juga papa perlu mencari rumah sewa untuk keluarga.


1 October 2002

Tibalah masanya...malam ini kami sekeluarga akan berlepas ke Japan. Papa memastikan tiada apa-apa yang penting tertinggal. Papa memang seorang yang teliti dalam membuat persiapan. Semua dokumen penting termasuk pasport dan tiket, papa yang uruskan. Pernerbangan yang mengambil masa selama tujuh jam begitu menguji kesabaran terutama papa kerana terpaksa melayan kerenah Afiq. Mama pula menjaga Aina. Nasib baik Aina tidak meragam. Dia lena dipangkuan mama.


30 September 2002

Semua persiapan telah dibuat.... Papalah orang yang paling sibuk sekali menguruskan persiapan setelah papa berhenti dari kerja. Mama pula mengurus pakaian serta keperluan-keperluan lain untuk dibawa bersama. Afiq dan Aina masih belum mengerti...tiada rasa sedih, tiada rasa gembira. Afiq yang dah pandai berkawan bertambah seronok bila dapat bermain dengan sepupunya serta atuk dan nenek.

Top

 
tree