Warning: mysql_connect(): Can't connect to local MySQL server through socket '/var/lib/mysql/mysql.sock' (2) in /users/iwebland.com/yani/tracker/tracker.php on line 21

Warning: mysql_select_db(): supplied argument is not a valid MySQL-Link resource in /users/iwebland.com/yani/tracker/tracker.php on line 23

Warning: mysql_query(): Can't connect to local MySQL server through socket '/var/lib/mysql/mysql.sock' (2) in /users/iwebland.com/yani/tracker/tracker.php on line 27

Warning: mysql_query(): A link to the server could not be established in /users/iwebland.com/yani/tracker/tracker.php on line 27
Fendi Family : A family from malaysia
 
 

21 Disember 2003

Kami ke Disneyland bersama kawan-kawan papa. Afiq bukan main happy lagi bila dapat bertemu dgn semua watak kartun yg diminatinya seperti mickey mouse dan buzz. Aina pun sama juga.


20 Disember 2003

Papa bawa jalan-jalan kawan-kawan yg datang dr Malaysia


5 Disember 2003

Aina sekarang ni dah pandai bermain dengan Afiq. Tapi yang tak tahannya si Aina ni mudah menangis bila diusik si Afiq. Dalam masa sejam dia orang bermain, entah berapa kali akan dengar si Aina menangis dan entah berapa kali dengar dia ketawa. Mama panggil dia 'ratu air mata', menangis sedikit je tapi air mata penuh kelopak. Afiq pula sekarang ni dah pandai berangan. Kalau dah kusyuk sangat tengok tv, sampai nak di masuknye diri dia tu ke dalam tv. Cerita yang paling diminatinya adalah Toy story 2.


25 November 2003

Sekali lagi menyambut hari lebaran di perantaun. Sama juga hari raya tahun lepas, suasana raya tidaklah semeriah di Malaysia. Cuma bezanya kali ini kami sama-sama dapat meraikan hari kebesaran ini dengan rakyat Malaysia yang lain di kedutaan Malaysia dan rumah kediamannya. Sama-sama berkongsi kemeriahan dgn mereka yang tidak dapat pulang berhari raya di kampung.

raya 2003

 

20 November 2003

Hari ini hanya tinggal 4 hari lagi untuk menyambut raya.Tapi suasana raya belum lagi terasa di sini. Mama belum membuat sebarang persiapan. Tidak seperti mana di Malaysia. Isya Allah hujung minggu ini kami sekeluarga akan pergi shopping raya. Shopping pun tak banyak, hanya untuk beli sepasang dua baju Aina dan Afiq.


27 Oktober 2003

Ramadhan tiba lagi. Sekali lagi kami sekeluarga berpuasa di perantauan. Kalau mengikut perancangan sebelum ini, mama, afiq dan aina akan berpuasa dan beraya di kampung. Tapi rasanya tiada erti hari raya tanpa papa disisi.


14 Oktober 2003

Setelah seminggu kembali ke sini, kami semua dapat menajalankan aktiviti harian seperti biasa. Cuma Afiq dan Aina dapat selesema mungkin disebabkan perubahan cuaca.


6 Oktober 2003

Tepat jam 6.30 petang mama, afiq dan aina berada di lapangan terbang pengkalan chepa, di temani oleh keluarga. Pukul 7.50 nanti kami bertiga akan berangkat ke KLIA dan jam 11.30 mlm kami akan berangkat ke Tokyo. Terasa bagaikan tidak percaya kami akan kembali ke Tokyo seawal ini. Kalau dulu kami merancang akan sambut hari raya di kampung, nampaknya tahun ini sekali lagi kami akan menyambut hari raya bersama papa di perantauan.


13 September 2003

Afiq semakin matang. Tanpa papa di sisi dia lebih berdikari.


11 September 2003

Terasa masih baru berada di kampung, hari ini papa akan berangkat kembali untuk meneruskan pengajiannya. Mama, Afiq dan Aina tidak ikut sama.Kami bertiga akan balik ke sana selepas hari raya puasa nanti. Biarlah tahun ini Afiq dan Aina merasa sambutan hari raya di kampung.


20 Ogos 2003

Jarak antara rumah tok bah dengan tok ayah hanya 20 minit sahaja. Ini menyenangkan kami sekeluarga berulang-alik. Sekejap berada di rumah tok bah dan sekejap di rumah tok ayah. house

 

11 Ogos 2003

Kami sekeluarga bercuti ke Kuala Lumpur selama seminggu.

klcc

 

27 Julai 2003

Pagi ini kami semua telah berada di bumi Malaysia, bumi yang tercinta. Afiq bukan main seronok lagi dapat bermain dengan sepupu-sepupunya. Tapi berbeza dengan Aina, asyik berkepit dengan mama sahaja. Mungkin belum dapat menyesuaikan diri lagi dengan keadaan di sini. Apa tidaknya semasa meninggalkan malaysia dulu dia masih lagi kecil dan belum mengerti apa-apa.

klcc

 

26 Julai 2003

Going back to Malaysia...Pagi ini kami terpaksa bangun awal. Pukul 4.30 pagi mama dah bangun untuk membuat persiapan terakhir untuk balik kampung. Setelah semuanya siap barulah mama kejutkan yang lain. Pukul 6.20 pagi teksi telah menunggu untuk membawa kami ke Narita Airport.


5 Julai 2003

Sekali lagi kami ke Shinagawa Aquarium. Kali ni afiq takut bila melihat pelbagai jenis ikan di dlm aquarium.

Shinagawa Aquarium

 

22 Jun 2003

BBQ di Showa Kinen Park bersama kawan-kawan. Afiq bukan main seronok lagi dapat main bola dengan kawan-kawan . Siapa lagi kalau tidak kawan-kawan papa yang jadi kawannya.

bbq 2003

 

8 Mei 2003

Petang ini mama masak lebih daripada biasa. Papa pula sibuk membantu mama mengemas rumah. Biasa lah rumah kami ni sekejap je kemas, lepas tu mulalah Afiq dan Aina menyepahkan barang-barang mainannye.Rupanya, petang ini keluarga kami akan menerima tetamu dari Yamaguchi. Betapa seronoknya Afiq menyambut kehadiran mereka kerana ada yang sebaya denganya. Nampaknya Afiq dapat kawan baru yang boleh diajak bermain. Tambah gembiralah dia kerana kawan barunya juga suka pada bola.


26 Mei 2003

Mama pergi Kedutaan Malaysia untuk renew passport. Kami planning nak balik Malaysia awal bulan Ogos nanti. Ahhh dah terasa rindu pada keluarga di kampung dan juga makanan Malaysia yang enak-enak tu..


25 Mei 2003

Papa bawa kami semua jalan-jalan ke Odaiba. Banyak tempat-tempat menarik di sini. Ada shopping complex, tempat main game dan juga ada pantai buatan. Di pantai hari ini terdapat pertandingan bot se asia. Selepas pergi ke pantai kami singgah sekejap di restoren Surabaya untuk makan tengahari. Emmm...sedapnya dapat merasa makanan serumpun ni. Boleh juga menghilangkan rasa rindu masakan Malaysia. Selepas makan, kami bawa Afiq dan Aina ke Toys'rus. Beli sorang satu mainan. Afiq macam biasalah...bola lah mainan yg dia nampaknya. Dah pelbagai jenis dan saiz bola ada kat rumah. Aina pulak mama belikan teddy bear.


23 Mei 2003

Hari ni merupakan harijadi Afiq yang kedua. Kali pertama Afiq menyambut harijadinya. Dulu mama dan papa tidak sempat menyabut harijadi Afiq yang pertama kerana sibuk dengan kehadiran Aina. Nampaknya Afiq dah pandai tiup lilin berbanding dengan Aina sewaktu menyambut harijadinya.


17 Mei 2003

Harijadi Aina yang pertama. First time sambut hari jadi untuk anak mama. Kalau dulu semasa umur Afiq genap setahun mama tidak dapat meraikannya kerana mama baru seminggu melahirkan adik Aina.


5 April 2003

Kami ke Shinagawa Aquarium, bawa Afiq dan Aina jalan-jalan sambil melihat hidupan laut di sana. Bertapa seronoknya mereka...terutamanya apabila melihat persembahan anjing laut. Kalau dulu muka Aina nampak muram apabila ke luar rumah, tapi hari ini tidak lagi. Jelas nampak keriangan di wajahnya. Nampaknya Aina sudah dapat membiasakan diri dengan suasana di sini.

aquarium

 

10 Mac 2003

Papa mula bekerja sebagai web designer. Kerja ini memang sesuai dengan minat papa. Kalau cuti begini papa hanya makan tidur di rumah, alamak bertambah lah berat papa.Nak main bola, tiada sape yang boleh diajak main. Ramai kawan-kawan papa balik ke Malaysia pada musim cuti kali ini.


1 March 2003

Hari ini papa mula bercuti. Untuk balik Malaysia, tapi baru je sampai...papa ambik keputusan untuk cari kerja part time... bukan kerana tak cukup duit untuk menyara kami di sini...tapi saja untuk cari pengalaman disamping itu boleh menambah pendapatan.


25 February2003

Hari ini merupakan harijadi mama. Papa beli kek kegemaran mama dan juga hadiah special untuk mama. "Selamat Harijadi Mama".


15 January 2003

Papa belum lagi sembuh dari demam sepenuhnya. Hari ini Afiq dan Aina pula demam. Mungkin telah dijangkiti dari papa. Ini adalah dugaan bagi mama menjaga dua orang anak yang demam. Budak-budak biasalah kalau demam banyak kerenahnya. Papa tidak sampai hati menyerahkan tugas menjaga anak sepenuhnya pada mama. Walaupun masih lagi demam, papa gagahi jua membantu mama melayan kerenah anak-anak.


1 January 2003

Tahun 2002 telah berlalu...sama seperti azam tahun lalu, kami berazam untuk menjadikan tahun ini adalah tahun yang terbaik dari tahun - tahun yang lalu. Azam kami ini bukan hanya pada setiap kali menjelangnya tahun baru, tapi setiap hari kami sentiasa berazam untuk menjadikan hari ini adalah hari yang terbaik dari hari-hari yang sudah.

Top

 
tree