"banana.. hait!"... "banana... hait!". Mama atau papa tak tahu apakah maksud perkataan itu. Orang lain lagilah tak faham. Hanya Along dan Adik yang faham perkataan itu. Atau mungkin mereka juga tidak memahaminya. Adik dan Along suka sangat sebut perkataan tersebut. Lepas tu mereka akan gelak sama-sama. Entah dari mana mereka dapat perkataan tersebut dan sape yang mula-mula menciptanya pun tak tahulah...entah Adik..entah Along...
Adik dan Along pantang nampak tuan rumah pasti dipanggilnya dengan pelat mereka ..."obatan!...obatan!.."Obasan(nenek) suka melayan Adik dengan Along. Selalu juga obasan bagi coklat, makanan dan mainan pada mereka.
Semalam tak sempat mama nak menulis diary.. Hari ni pula banyak cerita nak ditulis. Semuanya pasal Along.Semalam pergi Jusco Shopping Complex. Beli sepasang baju tidur untuk Along. Kalau nak kira harganya memang mahal. Apa taknya kalau nak kira duit Malaysia, harganya dalam RM100 hanya untuk sepasang baju tidur. Kalau di Malaysia pasti tak belinya. Tapi sebab gambar robot punya pasal... terpaksa belilah. Seronok tak terkiralah sebab baju tidurnya ada gambar kamen rider. Malam tadi tidur dengan baju itulah. Tadi selepas mandi malam nak lagi pakai baju tu. Puas mama pujuk untuk pakai baju lain. Tapi baju robot tu yang nak dipakainya. Malas nak bertengkar dengan Along. Biarkanlah dia pakai.

Usaha yang tak sia-sia... Along menunjukkan satu perkembangan yang boleh dibanggakan. Dia dapat mempraktikkan pelajaran lepas. Sepetang hari ini dia dapat masuk bilik air untuk membuang air. Nampaknya usaha mama dua tiga hari lepas telah berhasil walaupun tak sepenuhnya.
Pening kepala mama... macam mana nak ajar Along dan Adik kemas mainan yang disepahkannya. Setiap kali mama suruh kemaskan mainan, dia orang buat tak tahu je. Tapi bila mama kata nak buang semua mainannya.. cepat-cepat pula Along masukkan mainan dia ke dalam plastik dan diletak dekat tong sampah. Walaupun mama usik nak buang mainan kesayangannya pun dia buat tak kisah. Malah diambilnya mainan tu dan diletak dekat tong sampah. Nampaknya cara mama ni tak menjadi. Akhir sekali mama yang terpaksa kemaskannya.
Mama cukup tak suka lihat rumah yang bersepah-sepah. Kalau dibiarkan tentu rumah yang sempit ini penuh dengan mainan Along dan Adik. Sehingga tiada ruang untuk dipijak lagi. Mama harap suatu hari nanti Along dan Adik pandai kemas sendiri mainannya.
Fail..fail... Nampaknya pelajaran Along perlu diberhentikan untuk seketika. Hari ini dia belum dapat pergi ke bilik air. Masih terlepas di ruang tamu. Tapi apabila pakaikan diaper boleh pula dia beritahu mama dan terus berlari ke bilik air.Apalah yang seharusnya mama lakukan pada Along ni...
Pelajaran Along yang kelmarin diteruskan juga hari ini. Mama selalu pesan bila nak kencing pergi ke bilik air. Mama harap Along faham. Tapi hari ni dah 3 kali terlepas di depan tv. Kali pertama ..dah kencing baru beritahu mama, kali kedua pun sama... dan kali ke tiga dia terlepas kat depan tv.. lepas tu dia lari masuk bilik air, buka seluar dalam bilik air.. datang kembali ke depan tv... ambil tuala kemudian lap air kencing dan baru beritahu mama dah kencing. Mama ingatkan dia dah kencing di bilik air tapi rupanya tidak. Pandai pula dia ..seluar yang dia pakai tu dia buka dan letak dekat bath tab seperti yang selalu mama buat.Masih tidak berjaya tapi ada sedikit kemajuan. Cukuplah pelajaran Along untuk hari ini.
Mama buat kueh burger malaysia untuk sarapan hari ni. Kalau di Malaysia mama beli je kueh ni kat gerai. Tak pernah pula mama buatnya. Tapi kat sini kalau nak makan terpaksalah buat sendiri. Mama tak tahu nama kueh ni sebenarnya. Mama pandai-pandai je bagi namanya burger malaysia. Kalau nak tengok resepi kueh ni boleh layari kat http://yani.jugem.cc.

Hari ni nak ajar Along buang air kecil dekat tandas. Tapi dia asyik minta nak pakai diaper. Macam-macam dia beri alasan. Dia kata sakit punggunglah, sakit situ sakit sini. Hehehe... mungkin dia tak biasa pakai seluar tanpa diaper. Mama tetap nak ajar dia.. biar macam-macam alasan yang dia beri, sebab Along sekarang ni dah besar...dah nak masuk 3 tahun. Bulan depan genaplah usia along 3 tahun.
Balik dari taman tadi Along ajak singgah di discount shop. Mama setujulah ...boleh juga mama beli minuman. Lagipun kedai ni harganya murah sikit. Apa lagi Along pasti geng-geng power renger atau faster rider atau yang seumpama dengannya tu lah yang dicarinya. Semua benda-benda tu dia panggil robot. Oklah mama benarkan dia beli satu robot. Adik pula beli hamutaro.
Keluar dari kedai tu.. pastu singgah pula di Tokyu Store. Beli sayur sikit untuk esok. Along nak pula epal. Mama belilah satu biji epal merah. Kali ni mama berhati-hati sikit...bayar kat kaunter yang jauh sikit dari tempat beli sayur ...sebab kaunter dekat tu ada banyak majalah. Takut pula Along tersangkut kat mana-mana majalah kat situ.
Keluar dari Tokyu Store jalan pula ke drug store. Kali ni nak beli diapers Along. Macam biasa...kalau sampai kat kedai ni, Along terus je ambil bakul kecil yang dikhaskan untuk kanak-kanak. Kali ni mama fikir tak perlu berhati-hati sebab tak banyak barang mainan yang ada kat kedai ni. Tapi tanggapan mama silap. Along telah ternampak buku lukisan yang ada gambar robot yang diminatinya. Apa lagi teruslah pegang buku tu. Dia dah tak makan pujuk. Terpaksalah mama belikannya. Adik setakat ni senang lagi dipujuk.
"Biar adik pakailah mama..." Selalu Adik kata begitu kalau mama nak pakaikan baju dia. Adik sekarang ni selalu nak pakai sendiri bajunya walaupun masih belum pandai pakai dengan betul. Dulu Along yang suka kata gitu.. tapi sekarang ni Along tunggu je mama pakaikan baju untuknya. Mungkin dah abih zaman Along nak pakai sendiri bajunya... sekarang ni zaman Adik pula.
Hari minggu dan cuaca yang elok..sesuai untuk bersiar-siar. Tadi kami sekeluarga bersiar-siar dengan menaiki basikal ke Jiyugaoka. Singgah sekejap di sweat forest, menikmati aiskrim yang lazat. Semasa perjalanan balik dari Jiyugaoka tiga taman mainan yang sempat disinggah. Along dengan adik pantang tengok taman mainan, nak je disinggahnya.

Hari ini dalam sejarah...Along tak mahu pergi ke taman mainan apabila diajak. Mama beria benar nak bawa Along dan Adik ke taman mainan hari ni, dia pula yang tak nak pergi. Sebelum ini pantang diajak keluar mesti dia nak ikut atau kadang-kadang tu menangis sebab nak ikut papa ke sekolah. Hehehe .. Along tak nak keluar ke taman sebab nak tengok cerita ultromen, dvd yang papa pinjam dari tsutaya.
Sebenarnya dari semalam lagi papa pinjam dvd tu, cuma Along yang tak tahu. Kalau dia tahu pasti malam tadi mama dan papa tak dapat nak tengok tv. Hari ni semasa nak bersiap ke taman, dia ternampak dvd tu, dia suruh mama pasangkan. Alangkah gembiranya dia bila tengok cerita ultromen tu. Terus tak mahu pergi ke taman. Papa cuba pujuk dia untuk ke taman dan selepas balik dari taman barulah tengok cerita tu...tapi Along tetap tak mahu.... nak juga tengok ultromen tu.Inilah for the first time Along tengok dvd ultromen. Sebelum ni dia memang minat dengan ultromen, robot dan seumpama dengannya tu. Kalau pergi ke kedai benda tulah yang dicarinya. Hari ni entah berapa kali dia akan ulang tengok cerita tu. Mungkin sampai ke petang pun tak mustahil.
Hari ni cuaca cerah... tapi mama tak ada mood nak bawa Along dengan Adik ke taman. Hari ni dia orang main je kat dalam rumah. Along ajak juga mama ke taman.. tapi kalau dengan mama dia tak nangis kalau mama tak nak pergi. Tapi kalau dengan papa tentu dia akan nangis. Along ni manja sangat dengan papa. Adik tak kesah .. keluar ke tidak sama je.. mungkin dia belum reti lagi.
Pagi tadi mama bawa Along dengan Adik bermain di taman. Sekarang ni Along dah pandai berkawan. Dia akan main bersama-sama dengan budak-budak lain kat taman. Tadi dia main bola dengan Yusuka. Seronoklah dia.. tapi bila ada orang lain nak join sama, dia tak mau . Kasian budak tu. Hishhh.. along.. along tak baik buat macam tu.
Hari ni tak keluar ke mana-mana. Biasanya kalau hari minggu kami selalu keluar jalan-jalan. Hari ni rehat kat umah bersama papa. Kalau hari lain papa sibuk di lab ataupun buat partime job. Kasian papa... tapi papa biasalah tak reti dok diam.. kalau sehari tak mengadap komputer tu tak sah. Papa ada hobinya tersendiri. Kalau nak tahu pasal papa ni boleh lawat website dia kat http://fendi.jugem.cc.
Along dengan adik ni ada ada je telatahnya. Perkataan glamer dia orang sekarang ni "dua-dua". Semua benda kalau lebih dari satu, dia orang akan sebut "dua-dua".
Gembira bercampur duka. Gembira apabila melihat Along seronok sekali dapat main bola di padang bola, duka sebab atas kecuaian mama dompet papa telah hilang. Entah tercicir ke atau sebaliknya. Sedar-sedar dompet dah tak ada dalam beg. Kalau duit yang hilang tu, tak apa. Mungkin dah tak ada rezeki, tapi dokumen -dokumen penting yang turut hilang sama. Gomen ne papa...
"Adik..jom mandi"...
"Mama.. bukan adiklah ..mouse"
Haahaa.. tu lah telatah adik sekarang ni bila panggil namanya. Selalu anggap dirinya tu mickey mouse. Memang dia sayang sangat dengan mickey mouse ni. Along pula biasalah.. selalu anggap dirinya tu buzz. Kalau dia nak sesuatu dia akan kata buzz nak makan...buzz nak tidur... buzz nak susu...dan macam-macam lagi yang dia nak.
Pagi ni pergi hanami dekat sekolah papa bersama-sama dengan kawan-kawan papa sambil berkenalan dengan pelajar yang baru datang dari Malaysia. Nampaknya dua orang pergi (balik Malaysia), enam orang yang jadi pengganti.

Bunga sakura sedang mengembang menyambut kedatangan bulan April ini. Salji mula cair mengalir bersama perginya bulan March. Along dan Adik semakin membesar. Sebulan lagi genaplah usia Along tiga tahun dan Adik dua tahun. Dah setahun lebih kami tinggal di bumi sakura. Dan pastinya banyak kisah yang telah dapat dicoretkan dalam memori kehidupan.
