Website ini dlm proses pemindahan ke server http://fendi.jugem.jp.
Semalam kawan papa satu famili dari Shizuoka datang bermalam di rumah. Along dan Adik bukan main seronok lagi sebab dapat kawan bermain. Pada mula-mulanya Along malu-malu nak main bersama tapi dah lama sikit hilang perasaan malunya. Berlainan dengan Adik, mula-mula dia tengok je kawan-kawannya main mainanannya. Kemudian dia ikut sama bermain.
Dah lama bermain, Adik dah mula buat hal. Mainan lain kawan-kawan dia main dia tak kisah kecuali buku ABCnya. Dia nak juga buku ABCnya. Dia ambil buku dari kawannya dan terus pergi simpan. Ingatkan dia nak baca. Rupanya tidak. Selepas diletaknya buku, dia berdiri dekat buku dengan muka masam sambil melihat pada semua orang yang ada didepan dia tu. Puas mama panggil dia duduk dekat mama, dia buat tak hirau je sehinggalah papa angkat dia dan bawa kepada mama. Punyalah garang mukanya masa tu. Nak tergelak mama tengoknya. Tapi lupa pula nak ambil gambar. Dah tak nak baca bagilah kawan pinjam sekejap.
Hari ini bangun pagi Adik mungkin masih ingat peristiwa semalam. Dengan muka garangnya tengok je kawan-kawan dia main mainannya sehinggalah dia orang balik. Tak patut betul Adik buat macam tu. Mungkin ini adalah perangai kanak-kanak seusia Adik. Along dulu macam tu juga, tak bagi orang lain main mainannya. Tapi sekarang ni tidak lagi.
Kepada kawan papa, kami sekeluarga seronok dengan kedatangan anda sekeluarga. Kami minta maaf jika terdapat apa-apa kekurangan dalam layanan kami.
Adik :"Mama...sakit" sambil tunjuk dekat kakinya.
Mama :"Mana?"
Adik :"Ni.. ni " berlalu pergi ambik ubat. Dia ambik bedak dan bawa bedak kepada mama.
Mama : letakkan bedak di tapak tangan adik.
Adik : "Mana... mana". Dia tanya pula kepada mama nak taruk bedaknya di mana.
Macam ni lah adik sekarang ni, sakit sikit nak ubat. Letak bedak je dah boleh hilangkan sakitnya tu. Tahulah mama, kalau letak bedak dah boleh hilangkan sakitnya tu, maksudnya itu sakit olok-olok.
Dah lama tak hujan, hari ini hujan turun dari pagi lagi hingga ke tengahari. Adik dan Along hanya bermain di dalam rumah saja. Tak boleh nak bawa keluar jalan-jalan.
Petang tadi dia orang main tidur olok-olok dengan menggunakan puting olok-olok(mainan dia orang, direka sebagai puting). Bergilir-gilir tidur. Jika Along yang tidur, Adik yang selimutkan dan sebaliknya. Kononnya siapa yang tidur tu baby. Sebab tu ada puting dimulut. Entah dari mana dia orang belajar. Mungkin dia orang tengok baby lain hisap puting kot. Dia orang semua semasa baby tak mahu hisap puting.
Semasa giliran Adik tidur tadi, Along nak terkencing. So dia pergilah kencing sekejap. Selepas kencing dia teringat pula pada kad lagu-lagunya. Dia ambil kad tersebut sambil menyanyinya dan dia juga suruh mama menyanyi bersamanya. Hehehe... Along dah terlupa yang dia main tidur olok-olok dengan Adik tadi. Apabila dia teringat balik, dia pergi tengok... adik dah tertidur rupanya dengan puting masih lagi berada dimulut. Apa lagi Along terus menangis tak puas hati sebab Adik dah betul-betul terlena.

Hari ini untuk kali kedua pergi ke Ueno zoo. Along lebih berani tengok haiwan di dalam zoo berbanding dengan masa mula-mala pergi dulu. Adik pula yang takut bila melihat haiwan-haiwan tertentu dalam zoo tersebut.
Sekarang ni musim panas, jalan sikit dah dahaga air. Semasa di dalam zoo tadi kami semua kenyang hanya dengan minum air dan aiskrim saja. Musim sekarang ni dah tentu kadar jualan air dan aiskrim meningkat.
Semasa di sana mama ambil beberapa keping gambar sebagai kenangan dan telah ditambah dalam ruangan Ueno zoo .
"Mama! Tengok... Adik pandai"
Mama baru sebut nak keluar pegi beli milo. Adik dah berada depan pintu. Dah siap pakai kasut. Along pula siap ambik beg plastik yang ada mainan pasirnya. Mama sebenarnya hanya nak pergi supermarket je, rupanya dia orang nak ke taman. Terpaksalah perginya.
Sampai di taman, Along cakap gatal kaki... Ni lah alasan Along untuk dia tanggalkan seliparnya dan berkaki ayam. Lepas tu beritahu pula Adik pun gatal kaki juga. Dia bukan saja nak berkaki ayam malah suruh Adik turut sama. Si Adik ni apa lagi, apa yang dibuat oleh Along, dia akan turut sama.

Abih mukanya di color dengan magic pen. Dua-duanya sama saja. Katanya dia orang buat sama dengan mama buat. Maknanya dia orang tiru mama makeup. Tak sedar mama semasa dia orang make up muka masing-masing. Sedar-sedar bibir masing-masing dah bewarna merah dan muka berconteng-conteng.

Malam ni makan malam di Denny's Restoran. Dimuka pintu masuk restoren ni diletakkan mainan. Apalagi Along dan Adik lepas makan pasti nak beli mainan. Adik macam biasa, pantang nampak mainan kitty, pasti yang itu nak dibelinya. Kalaulah semua pelanggan Denny's ni seperti Along dan Adik, lakulah mainannya dan bertambah kayalah mereka.
Ketika mama menulis ni, papa sedang berjuang dengan final presentation for master. Kalau papa berjaya, Insya Allah bulan Oktober nanti papa akan teruskan pengajian phd. Ganbatte ne! dari mama, Along dan Adik.
Hari ni sebelum papa keluar, Adik dah terjaga dari tidur. Bangun je tidur cepat-cepat pergi salam dengan papa. Hehehe ...mungkin dia takut tak sempat macam semalam.
Malam nanti papa tak makan malam di rumah sebab kawan-kawan se lab papa adakan party meraikkan papa tamat master.
Semalam papa balik lewat malam. Masa tu mama dan Along dah tertidur. Yang tinggal hanya Adik, masih sabar menunggu papa pulang. Hari ni merupakan hari terakhir untuk papa buat persediaan untuk final presentation esok.
Disebabkan Adik tidur lewat, hari ini pukul 12 tengahari baru dia jaga dari tidur. Bangun je tidur terus beritahu dia tak salam papa lagi. Semasa dia bangun ni papa dah pun pergi sekolah. Dah jadi kebiasaan Along dan Adik sebelum papa keluar rumah untuk ke sekolah dia orang akan salam dan cium tangan papa. Tapi kadang-kala dia orang tak sempat nak salam dengan papa disebabkan dia orang terlewat bangun atau papa keluar rumah awal-awal pagi lagi. Bila dia orang tak sempat nak salam tu biasanya dia orang diam je tapi lain pula dengan Adik hari ni. Bangun je tidur terus tanya papa.
Sebelum Adik tidur semalam dia sempat suruh papa salinkan diapers dia. Hahaha...sekarang dah pandai suruh salin sebabnya nak pakai diapers baru yang ada gambar little mermaid. Selepas mandi malam, mama masih pakaikan dia diapers lama yang ada gambar pooh. Mungkin masa tu dia tak ingat diapers baru dia tu. Hari ni lepas je mandi dia dah minta nak pakai diapers baru.
Petang tadi ikut papa pergi main bola di sekolah papa. Along tendang sekejap je bola terus berhenti meneman adik bermain pasir di padang. Inilah padang sekolah papa tempat main bola. Masa mula-mula ikut papa main bola, terkejut mama. Inikah padangnya, gondol tiada rumput langsung. Yang ada pasir-pasir berdebu memenuhi setiap ruang. Dalam fikiran mama sebelum ni, kalau sebut je padang, dah tentu akan terdapat rumput yang menghijau. Rupanya beginilah keadaan padang yang negaranya mempunyai empat musim!..........

