Warning: mysql_connect(): Can't connect to local MySQL server through socket '/var/lib/mysql/mysql.sock' (2) in /users/iwebland.com/yani/tracker/tracker.php on line 21

Warning: mysql_select_db(): supplied argument is not a valid MySQL-Link resource in /users/iwebland.com/yani/tracker/tracker.php on line 23

Warning: mysql_query(): Can't connect to local MySQL server through socket '/var/lib/mysql/mysql.sock' (2) in /users/iwebland.com/yani/tracker/tracker.php on line 27

Warning: mysql_query(): A link to the server could not be established in /users/iwebland.com/yani/tracker/tracker.php on line 27
Fendi Family : A family from malaysia
 
 

28 February 2004

"Happy belated birthday mama" . Papa beli kek utk meraikan harijadi mama yang telah terlewat tiga hari. Harijadi mama lewat diraikan sebab pada hari yang sepatutnya kami semua ke disneyland. Jadi papa tidak sempat nak beli kek. Tengoklah rupa kek harijadi mama ni...sedikit rosak ..sebabnya papa bawa kek ni dengan basikal. Anyway, thank you papa.

 birthday cake

 

27 February 2004

Umur Along dah nak masuk 3 tahun dan Adik pulak nak masuk 2 tahun. Adik lebih cepat boleh bercakap kalau dibandingkan dengan Along. Tapi kedua-duanya masih bercakap menggunakan pelatnya sendiri. Percakapannya selalu terbalik. Kalau nak coklat mesti dikatanya..coklat nak. Kadang-kadang papa dengan mama tak faham langsung apa yang dicakapnya kecuali adik dan along yang masing-masing faham dengan bahasanya sendiri.


25 February 2004

Sekali lagi kami ke Tokyo Disneyland. Kali ini kami bermalam di Ambassador Hotel dan pulang ke rumah ke esokkan harinya. Papa tidak lepaskan peluang merakamkan gambar-gambar yang menarik semasa berada di sana. Antara gambar yang papa rakamkan boleh dilihat dalam photo


18 February 2004

Mama belajar design pixel icon. Pixel icon yang mama design tu boleh dilihat dalam portfolio.


15 February 2004

Along dan adik dapat kasut baru. Hari ini mama pergi shopping utk beli kasut along, menggantikan kasut lama along yang dah tak muat. Walaupun kasut adik masih boleh dipakai, mama beli juga untuk adik..bimbang nanti adik nak juga kasut bila lihat along pakai kasut baru. Apabila mama balik dr shopping..keluarkan kasut along...adik terus tanya mana kasut dia. Mama tak keluarkan kasut adik, saja nak lihat riaksi dia. Seperti apa yang diduga, adik kelihatan muram tetapi dia tak terus menangis. Dalam lima belas minit kemudian, adik dgn diam-diam pergi menyelongkar barang yg mama beli..how suprise she is ...bila tengok kasut dia sambil menjerit "kasut adik"..muka adik yg muram tadi berubah jadi gembira dan terus pakai kasut barunye.


14 February 2004

Sebelum ini adik dan along hanya bermain di taman berhampiran dengan rumah atau pergi ke tasik melihat ikan, itik dan burung tetapi hari ini papa dan mama bawa kami ke taman permainan yg canggih sikit iaitu Toys' Kingdom. Adik dan along sungguh seronok bermain tanpa menghiraukan keletihan. Aksi mereka bermain boleh dilihat dlm photo


12 February 2004

EYE TOY...game baru yang papa beli. Along begitu seronok main game baru... apa tidaknya.. bila mukanya dpt masuk dlm tv

 eye toy

 

10 February 2004

Petang ini, papa ada presentation research yang papa buat... merupakan saat yang mendebarkan bagi papa...ganbatte ne!


8 February 2004

Bawa anak-anak ke taman mainan. Along lebih suka main bola dengan papa. Semua gaya papa tendang bola ditirunya. Boleh dikatakan apa saja yang papa buat diikut. Papalah idola bagi along ketika ini.


6 February 2004

Setiap hari melayan kerenah anak, kadang-kadang boleh memeningkan kepala. Tambahan pula anak-anak yang sedang membesar. Tapi telatah dia orang ni boleh menghilangkan pening kepala tu. Si along sekarang ni menganggap dirinya tu sebagai papa semasa papa tak ada di rumah. Dia ni segalanya suka ikut apa yang papa buat.


4 February 2004

Adik merupakan kawan setia along dan dengan adik jugalah along selalu bergaduh. Bukannya apa...along ni suka menyakat adik..Ratu air mata kita ni apa lagi kalau kena usik oleh along..menangislah.. pastu mengadu kat mama

 along and adik

 

1 February 2004

Kalau hari ni di kampung tentunya suasana meriah menyambut hari raya aidiladha. Bagi kami di sini macam hari-hari minggu biasa saja.

Top

 
tree