Tiada apa-apa yang special utk hari ini. Semuanya macam biasa saja. Cuma papa, seperti kelmarin, pagi-pagi lagi dah keluar rumah pergi ke Asia and south Pacific Design Automation Conference 2004 di Yokohama City.
Hari ni , first time along suap nasi utk adik. Tak pernah dibuatnya sebelum ini. Biasanya mama yang suapkan makanan untuk dia orang. Kalau makan nasi ...dia org ni suka makan sup. Selain dari tu , adik lebih suka makan ayam tapi along sebaliknya. Dia lebih suka makan sayur berbanding dengan lauk.

Afiq sekarang semakin besar dan makin nampak sifat seorang budak lelaki. Kalau dulu hanya bola sahaja brg permainan yg diminatinya, tapi kini sudah berubah. Robot, kereta, motor dan pistol telah menjadi pengganti bagi bola. Dia juga dah pandai mengendalikan mouse komputer. Website yang paling digemarinya ialah http://disney.go.com. Satu lagi dia ni suka ikut apa yang papa buat. Kalau papa baca buku, dia pun sibuk nak baca buku, kalau papa menulis, sibuklah dia cari pen dan kertas. Pantang kalau tak layan kehendaknya tu...terus dia menangis sampai tak boleh papa nak buat kerja. Bukan itu saja, sehinggakan gaya papa duduk tengok tv pun diikutnya.
Selamat datang tahun 2004. Nombor 2003 tidak akan datang lagi...Pergi meninggalkan kita dengan seribu satu kenangan...pastinya ada kenangan pahit dan manis yang telah tercatit dalam diari hidup kita. Hampir seluruh negara mengistiharkan hari ini sebagai cuti umum termasuklah di Malaysia. Kalau dulu menjelang tahun baru, keluarga kami akan menyambutnya di kampung, tapi kali ini di bandar metropolitan ini. Bagi kami sekeluarga tiada yang meriahnya... hanyalah seperti hari-hari biasa.
