Warning: mysql_connect(): Can't connect to local MySQL server through socket '/var/lib/mysql/mysql.sock' (2) in /users/iwebland.com/yani/tracker/tracker.php on line 21

Warning: mysql_select_db(): supplied argument is not a valid MySQL-Link resource in /users/iwebland.com/yani/tracker/tracker.php on line 23

Warning: mysql_query(): Can't connect to local MySQL server through socket '/var/lib/mysql/mysql.sock' (2) in /users/iwebland.com/yani/tracker/tracker.php on line 27

Warning: mysql_query(): A link to the server could not be established in /users/iwebland.com/yani/tracker/tracker.php on line 27
Fendi Family : A family from malaysia
 
 

31 July 2004

Adik pantang sakit sikit, mesti nak ubat. Walaupun tak nampak langsung kesan sakit terpaksa juga letak ubat. Selagi tak letak selagi tu lah dia minta ubat. Ubatnya apa dia?... Johnson's baby oil tu lah ubat adik. Letak sikit minyak kat tempat dia kata sakit tu, senyaplah dia. Bolehlah dia sambung bermain.


28 July 2004

Sekarang Adik bukan main lagi. Dah pandai nak main komputer. Dia dah bergabung dengan Along untuk tolak mama ke tepi bila mama di depan komputer. Terpaksa mama mengalah. Dulu mama hanya terpaksa berebut dengan Along tapi sekarang tambah pula sorang lagi. Nampaknya mama hanya boleh duduk sekejap-sekejap saja di depan pc

Adik tolak mama dari depan pc bukan dia yang nak guna pc. Dia hanya suruh Along yang buat dan dia sebagai penonton. Along pun dah pandai ajar Adik klik sana klik sini.


27 July 2004

Hari ni dah berapa kali Adik gigit Along. Menangis Along dibuatnya. Tapi Along tak serik lagi mengusik Adik. Adik sekarang ni bukan hanya sebab Along usik tapi bila dia geram sangat tu sape yang ada dekat dia, pasti digigitnya. Mama pun dia gigit.


25 July 2004

Semasa kat bbq semalam jumpa dengan Kak Pah. Dia ni dah lama tinggal di sini dan berkahwin dengan orang jepun. Dia bawa daun pisang yang diambil dari belakang rumahnya untuk diberi kepada sape-sape yang nak. Susah nak jumpa daun pisang kat sini kalau tak tanam sendiri pokok pisang. Mama ambil sedikit bawa balik ke rumah. Masa tu tak fikir lagi apa yang nak dibuat dengan daun pisang ni. Sampai di rumah papa bagi idea buat nasi lemak daun pisang. Jadi hari ni mama masak nasi lemak dan bungkus dengan daun pisang. Mama masak banyak sikit untuk diberi kepada kawan-kawan papa.

Tengoklah rupa bungkusan nasi lemak mama. Tengok orang buat nampak senang tapi nak buat sendiri..hahhh.. ni dia macam ni jadinya...

 nasi lemak

 

22 July 2004

Hari selasa, khamis dan sabtu pada setiap minggu akan dapat 2 botol susu segar. Sebenarnya papa yang langgan susu segar ni dan setiap akhir bulan kena bayar di mana-mana konbini store apabila terima bilnya. Tapi Adik dan Along hanya tahu susu abang bagi. Dia orang tak tahu bahawa susu ni susu yang dibeli sebabnya setiap kali susu dihantar ke rumah mama ambil tanpa menghulurkan duit pada orang yang datang menghantar susu tersebut. Jadi susu tu dia orang panggil "susu abang wi(ringkasan dari perkataan bui dalam dialet kelate".

Hari ni berselera sungguh Adik dan Along makan susu segar dengan potato anpanman kegemaran dia orang ni.

 potato anpanman

 

18 July 2004

Jika dulu rumah ni dipenuhi dengan mainan anpaman, sekarang ni hello kitty. Adik pantang tengok mainan hello kitty atau barang yang ada gambar hello kitty pasti nak dibelinya. Tadi semasa dia ikut mama pergi beli diapers di drug store dia terpandang chopstik hello kitty tergantung di satu ruang dalam kedai tersebut. Cantik sekali!. Apa lagi naklah dibelinya. Mama tak bagi beli sebab dia belum pandai lagi menggunakannya. Kemudian dia nak pula bekas air hello kitty. Kali ni terpaksa beli walaupun mahal. Pujuk dengan barang lain dah tak menjadi.

Sebelah petang pergi picnic di padang sekolah papa. Sebelum tu singgah di mister donut. Beli dua set makanan kanak-kanak untuk Along dan Adik dan 5 ketul donut yang berlainan rasa dan seketul murfin. Semasa kat kedai tu pening nak pilih yang mana satu. Semuanya nampak sedap-sedap belaka.

Sekali-sekala makan di luar boleh menambah selera makan dia orang ni terutama adik. Begitu berselera sekali dia makan. Aksi mereka semasa di padang tadi boleh dilihat dalam ruangan photo.


17 July 2004

Hampir dua minggu Along berhenti minum susu botol. Sampai sekarang dia masih ingat lagi pesanan doktor semasa dia buat medical check up dua minggu lepas. Di samping dapat menjimatkan duit, Along sekarang ni dah mahu minum air kosong. Kalau dulu dia hanya minum susu tak kira dia lapar atau dahaga. Air kosong langsung tak mahu diminumnya. Puas dipaksa, barulah nak minum. Tapi kalau dia minum pun hanya sedikit sahaja. Kemudian dia kata nak muntah. Kadang-kadang buat-buat muntah.

Adik pula baru seminggu mama ceraikan dia dari susu badan. Masa tak tidur dia ok je. Tapi kalau nak tidur mulalah dia mencari susunya. Setiap kali dia mahu susu, mama buat-buatlah sakit. Terus dia tak mahunya.


15 July 2004

Dah lama mama tak bawa Along dan Adik ke taman. Bukan sebab hujan tapi cuaca yang panas. Kasihan pula pada Along dan Adik nak berjalan di bawah matahari terik. Petang pun masih lagi panas. Petang ni cuaca mendung sebab nak hujan. Sempat jugalah mama bawa dia orang ni ke taman. Tengoklah gambar dia orang ni bukan main gembira lagi semasa di taman tadi.

 adik dan along

 

Semasa dalam rumah asyik nak bergaduh je Along dan Adik ni. Ada saja benda yang nak diberebutnya. Adik sekarang ni suka sangat sebut "adik punya". Saja je dia tekankan perkataan punya tu di depan Along. Along apa lagi sukalah rebut barang tu dari Adik. Dia ni suka sangat nak mengusik Adik. Last... Adik yang menangis. Naik pening juga mama dibuatnya.

Hari ni bolehlah ambil gambar dia orang sebab semalam papa dah beli digital kamera baru gantikan yang telah rosak. Tiada kamera rasa macam tak lengkap pula. Tak boleh nak ambil gambar gelagat dua buah hati ni. Dah jadi macam satu keperluan pula.


13 July 2004

Betapa bangga Along bila dia dapat menyiapkan lukisan dengan menggunakan water color. Papa dan mama terkejut apabila sedang asyik dengan kerja masing-masing tiba-tiba Along menjerit "kawai(cantik)". Kemudian dengan gembiranya dia bawa lukisan itu dan tunjuk kepada papa.

Inilah lukisan Along yang pertama menggunakan water color. Walaupun lukisannya ini tak cantik, mama dan papa tetap memujinya kerana dia berjaya mewarnanya sendiri tanpa bantuan mama ataupun papa. Ini boleh memberi semangat kepadanya untuk membuat sendiri bukan sekadar menjadi pemerhati sahaja.

 lukisan along

 

11 July 2004

Hari ini kami sekeluarga pergi ke Toys Kingdoms lagi. Tapi kali ini Along dan Adik tak segalak dulu lagi. Bermain macam biasa saja tak seperti yang sebelum ini. Mungkin sebab dah biasa, dah tak excited lagi dengan mainan yang ada. Belum pun habis tiga jam masa yang diperuntukkan, Adik dah ajak balik. Along pun senang saja bila diajak balik. Tidak seperti sebelum ini yang terpaksa dipujuk.

Kali ini tidak ada sekeping gambar pun yang dirakamkan semasa di sana kerana kamera telah rosak. Tapi papa dan adik sempat juga bergambar dengan menggunakan mesin yang ada di sana sebagai kenangan.

 gambar sticker

 

9 July 2004

Jenuh memikirkan cara nak sediakan makanan untuk membangkitkan selera makan Adik dan Along. Hari ni mama masak nasi menggunakan beras jepun. Sebelum hidang untuk makan tengahari, mama buatkan nasi tu bentuk bulat-bulat. Kemudian mama ambil kicap jadikan mata dan mulut. Hidangkan nasi tu kepada Along dan Adik bersama dengan kroket dan sup sayur. Along beri nama nasi tu "nasi anpaman". Namun adik tetap tak berselera.

Malam ni pula, malas mama nak buat bentuk lagi pada nasi tu. Tadi penat je mama buatnya tapi dia orang ni makan sedikit saja. Untuk makan malam mama letak je nasi ke dalam tray dia orang dan letak je kicap. Hehehe... Along bila pandang je nasi tu terus dia panggil nasi anpaman. Maknanya jika nasi dengan kicap dia akan panggil nasi anpaman tak kira dalam bentuk macam mana pun. Berselera pula Along dan Adik makan malam ni. Berlumba- lumba makan sampai bertambah-tambah.


8 July 2004

Untuk seketika kemungkinan bahagian photo tak dapat di update. Bahagian diary pun tak dapat diserikan dengan gambar Along dan Adik. Kamera dah rosak. Terpaksa beli baru. Kalau nak baiki, tak berbaloi. Kosnya Y10000. Semasa beli hari tu harganya Y20000++. Kos baiki hampir separuh dari harga asal.

Nak beli baru, kena tunggu siap website yang sedang dlm proses ni. Dapat duit nanti bolehlah gantikan kamera yang rosak dengan yg baru.


6 July 2004

Nampaknya Along faham apa yang doktor kata semasa medical check up tadi. Semasa nak tidur dan bangun tidur petang tadi, dia dah tak minta susu. Lain dari kebiasaannya. Kalau tak dia akan menangis bila susunya tak ada semasa dia jaga dari tidur. Perlu diingat selalu pesanan doktor kepada Along supaya dia tidak lupa.

Doktor suruh berhenti minum susu botol terutama waktu tidur malam kerana boleh menyebabkan gigi rosak. Dua batang gigi depan Along telah rosak teruk dan perlu ditampal. Along perlu jumpa doktor gigi sekali lagi untuk tampal gigi hadapannya tu. Ini perlu dilakukan segera supaya tidak merebak pada gigi lain. Pasal kesihatan lain, Along tidak mempunyai sebarang masalah.


5 July 2004

Sehari dua ni Adik kurang selera makan sebab badannya kurang sihat, selesema dan batuk-batuk. Hari ini, Along pula batuk-batuk. Nampaknya Along juga turut dijangkiti.

Semalam papa beli kek. Along dan Adik pantang nampak kek, semuanya dikatakan 'kek happy birthday to you'. Adik makan sedikit saja. Semasa birtday dia hari tu, dia boleh habiskan sepotong. Tapi semalam disebabkan dia kurang sihat, hanya sedikit sahaja yang dimakannya. Biskut anpaman yang mama beli pun hanya sekeping sahaja yang dimakannya. Nasi langsung tak dijamahnya.

Adik ni kadang kala susah nak minum ubat. Nasib baik ubat batuk tu ada gambar anpaman. Naklah juga diminumnya. Semasa dia sihat hari tu, dia asyik minta nak minum ubat anpaman dan sekarang ni terpaksalah dia minumnya. Dia ni sebenarnya pantang lihat benda yang ada gambar anpaman atau kitty pasti dia nak. Itulah dua karekter kartun yang paling diminatinya.

 ubat batuk dan ubat selesema anpanman

 

1 July 2004

Semasa mama asyik mengadap pc ni, tiba-tiba dengar Along menyanyi. Begitu ceria sekali. Aik apa kena dengan Along ni, bangun tidur terus menyanyi. Mama biarkan saja. Mama teruskan saja surfing. Dalam sepuluh minit kemudian, mama pusing tengok Along masih lagi tidur. Heheh... rupanya Along bermimpi di siang hari.

Top

 
tree