Mama bawa keluar Along dan Adik ke taman mainan. Sebelum ni mama jarang bawa keluar Along dan Adik kalau tanpa papa. Susah untuk mama nak jaga kedua-duanya. Tapi sekarang Along dah besar.. dah boleh jalan sendiri untuk ke taman. Kalau keluar dengan mama, Along tak merengek bila diajak balik rumah. Tapi kalau keluar dengan papa..dia akan menangis kalau dia masih belum puas bermain.
Sensukuike kembali meriah apabila tiba musim bunga. Banyak gerai sementara yang dibina berderetan di tepi tasik. Bagi masyarakat jepun, mereka akan berkumpul beramai-ramai di bawah pokok sakura sambil menikmati bunga sakura yang sedang mengembang. Sungguh meriah sekali bagaikan satu pesta. Pesta ini dipanggil hanami(tengok bunga). Beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan boleh dilihat dalam bahagian photo.
Penat... tapi puas hati dapat mengadakan parti perpisahan kepada kawan papa yang akan balik esok ke Malaysia. Dua orang lagi yang akan meninggalkan bumi matahari terbit ini setelah lama bertungkus lumus memenuh ilmu di dada. Ini bermakna papa akan kehilangan dua orang lagi kawan di sini. Yang hilang pasti ada pengganti tapi tidak mungkin akan sama.
Pagi tadi mama bawa Along dgn Adik main di taman. Dapat main sekejap je tadi sebab hari nak hujan. Nasib baik Along tak nangis lama bila diajak balik. Adik senang je pujuk dia. Ajak pergi beli coklat..oklah dia.
Perkembangan Along nampaknya semakin meningkat. Dia sekarang semakin pandai menggunakan crayon untuk mewarna buku warnanya. Pada awalnya Along mewarna pada tempat yang tidak sepatutnya tetapi sekarang tidak lagi. Walaupun belum cukup pandai lagi menggunakan crayon, dia telah menunjukkan satu perkembangan yang boleh dibanggakan. Syabas Along...
Kelmarin tidak sempat untuk mama update kan diary ini. Letih setelah seharian bawa Along dan Adik bermain di toys'kingdoms. Along masih lagi ingat tempat yang pernah dia datang sebelum ini. Begitu seronok sekali si Along sebaik saja tiba di depan toy's kingdoms entrance. Masa yang di hadkan bermain selama 3 jam , nampaknya sekejap saja berlalu. Along dan Adik nampaknya masih belum puas bermain. Tapi yang letihnya mama dan papa. Mostly parents yang ada dlm toys' kingdom kelihatan mengantuk menemani anak2 bermain. Tetapi yang seronoknya anak-anak lah. Tiada rasa letih di wajah masing-masing.
Setelah tamat tempoh bermain..kami bersiar-siar sekejap di sekitar tokyo dome, sambil mencari tempat untuk menjamu selera. Macam biasalah apabila tiba di sini, restoren Maharaja menjadi tempat persinggahan untuk mengisi perut yang telah minta diisi. Sekarang baru lah Adik dan Along terasa lapar. Kalau semasa bermain tu langsung tak fikir pasal makan. Hehehe .. dah tak sempat lah katakan..asyik nak bermain..

Kami semua ke Hitotsubashi Gakuen...meraikan birthday party Syirah dan juga mengucapkan selamat jalan untuk Syirah dan keluarga... Sudah menjadi adat kehidupan... pertemuan pastinya akan berakhir dengan perpisahan..."Happy Birthday Syirah..dan Selamat Jalan untuk Syirah dan keluarga. Jumpa lagi di Malaysia nanti".
Hari ini mama biarkan Along dan Adik bermain di beranda. Wah... betapa seronoknya mereka.. Sebelum ni bukannya mama tak mau dia orang main kat luar...cuma cuaca kat luar tu sejuk. Hari ni nampaknya cuaca baik dan dah tak sejuk sangat mungkin sebab dah nak masuk musim bunga.
Sekarang ni Along dah pandai minta papa belikan mainan untuknya. Semua mainan yang dilihat dalam iklan di tv ...dia nak. Setiap kali dia tengok iklan mainan di tv.. dia akan kata nanti "nanti papa beli e.." . Kadang- kadang mama kena juga kata kat dia nanti papa beli. Kalau tak.. dia akan marah dan nangis. Tapi sampai bila dia boleh terima perkataan gitu tanpa beli mainan yang dia nak tu.
Tadi semasa tengok iklan mainan di tv.. boleh dia cakap dengan robotnya .."Along nak?... nanti papa beli e.." . Konon robot tu dia lah ... yang dia ni papa lah. Nak tergelak juga mama bila dengar dia cakap gitu dari dapur.
Adik pula macam biasalah.. hari-hari bangun je tidur mesti dipeluk cium nye semua mainan kesayangannya ni. Inilah antara koleksi mainan kesayangan Adik.

Hari ini kami semua ke Ueno Zoo. Along takut lihat haiwan tertentu yang ada di dalam zoo, tetapi Adik sebaliknya. Adik seronok lihat semua haiwan yang ada di sana. Nampaknya Adik yang paling gembira datang ke zoo hari ini berbanding dengan Along. Along lebih suka dengan permainan yang ada di luar zoo. Lihatlah aksi Along dan Adik semasa di sana dalam bahagian photo. Along lebih kerap menangis kerana takut tengok haiwan yang tak pernah dilihatnya sebelum ini
Keinginan Along untuk mengetahui sesuatu benda semakin bertambah. Sekarang ni dia dah banyak bertanya itu dan ini kepada mama. Hampir semua benda di dalam rumah ini ditanya. Kadang-kadang malas pula mama nak melayan pertanyaannya. Tapi kalau tak layan ..selagi tu lah ditanya nya. Adik pula sekarang suka ikut apa saja perkataan yang keluar dari mulut mama dan papa. Walaupun percakapannya masih pelat namun hampir semua perkataannya dapat difahami.
Hari ni dah berapa kali along tengok dvd Toy Story..Semua aksi buzz dlm cerita tu diikutnya. dvd Toy Story ni dah masuk kali ke tiga papa sewa dari Tsutaya
Adik patahkan leher patung Woody kesayangan Along. Apa lagi.. Along terus marahkan adik. Si Adik ni pantang kena marah sikit...teruslah menangis.

