Warning: mysql_connect(): Can't connect to local MySQL server through socket '/var/lib/mysql/mysql.sock' (2) in /users/iwebland.com/yani/tracker/tracker.php on line 21

Warning: mysql_select_db(): supplied argument is not a valid MySQL-Link resource in /users/iwebland.com/yani/tracker/tracker.php on line 23

Warning: mysql_query(): Can't connect to local MySQL server through socket '/var/lib/mysql/mysql.sock' (2) in /users/iwebland.com/yani/tracker/tracker.php on line 27

Warning: mysql_query(): A link to the server could not be established in /users/iwebland.com/yani/tracker/tracker.php on line 27
Fendi Family : A family from malaysia
 
 

31 Mei 2004

Pagi-pagi lagi Along dah suruh buka website disney. Kalau dengan website disney ni, dia boleh mengadap pc berjam-jam. Tadi sampai terkencing di atas kerusi, tak sempat nak pergi ke bilik air.

Semalam kami pergi ke rumah kawan di Hachioji. Kawan buat makan-makan sempena dia masuk rumah baru. Balik rumah dah pukul 9.30 malam. Tak sempat nak tulis diari... Semasa balik tu kami singgah sekejap di Shinjuku, pergi ke Kinokuniya Book Store. Along dan Adik pening nak pilih buku sebab banyak sangat yang menarik. Sekejap nak buku tu sekejap nak buku ni. At last Along beli buku "Funwari kumachan" dan Adik beli kereta kitty. Adik sebelum masuk kedai buku lagi dah beritahu nak beli buku kitty. Tapi bila sampai kat dalam kedai dah tak tahu nak pilih buku kitty yang mana satu sebab dah banyak sangat. Gelagat Adik dan Along semasa memilih buku boleh lihat di ruangan photo.


29 Mei 2004

Adik sekarang ni pantang dihalang kehendaknya, terus je menangis. Semasa balik dari taman tadi mengamuk sebab mama angkat dia ke tepi semasa dia jalan di tengah-tengah jalan raya. Menangis punya lah kuat. Nasib baik dah nak sampai di rumah. Ditegur oleh obachan terus je tersenyum sambil melambai tangan pada obachan. Obachan memang baik hati. Bila jumpa dengan Adik dan Along ada jer benda yang nak diberinya. Tadi obachan bagi Adik sembe dan gula-gula.


28 Mei 2004

Sepanjang minggu ni cuaca agak baik, mood mama pun baik. Jadi hampir setiap hari mama bawa Adik dan Along keluar pergi main di taman. Setiap kali balik dari taman, setiap kalilah singgah dikedai dan setiap kali itulah Along dan Adik beli mainan. Kalau tak mainan, dia orang beli coklat. Singgah di kedai tu dah menjadi satu kemestian. Kalau tak si Along lah yang paling cepat menangis bila nampak jalan menuju ke rumah.

Macam biasa dah masuk ke dalam rumah, masing-masing buka kasut sendiri. Tapi hari ini masuk je pintu rumah Adik dan Along sebut "tadaima". Tersenyum mama. Ini dah tentu dia orang belajar dari tv. Orang jepun biasanya akan sebut tadaima bila balik ke rumah. Tak pernah pun mama ajar dia orang sebelum ni. Pandai-pandai jer dia orang ni sebut.


26 Mei 2004

"Mama.... mickey mouse pun nak gi main juga."

"Bear pun nak gi main gak."

Along jerit pada mama ketika mama bersiap nak bawa dia orang main di taman. Adik macam biasa suka je ikut cakap Along. Apa yang Along nak buat itu jugalah yang dia nak buat. Sekarang ni Adik dah tak mahu duduk dalam stroller, nak jalan kaki je ke taman. Berjalan kakilah hari ni sambil sebelah dukung bear dan sebelah lagi pegang plastik mainan pasirnya. Along pula berjalan sambil dukung mickey mousenya. Puas mama pujuk supaya tinggalkan saja mainannya di rumah. Tapi semuanya tak mahu tinggalkan. Dia orang kata bear dan mickey mouse pun nak main gelongsor juga. Emmmm.. apa-apalah budak-budak ni.

Sampai di taman, Adik letak bear kat tanah. Disuruhnya bear tu berjalan sendiri. Mama nak pegang, dia tak mahu bagi. Lepas tu pula diambilnya bear dan letak di tangga gelongsor. Disuruhnya bear tu naik sendiri. Macamlah bear tu boleh naik sendiri. Lucu pulak dengan gelagat adik hari ni.

Semasa balik dari taman pula lalu depan Midori School. Along ajak mama masuk ke dalam sekolah tu. Manalah boleh nak masuk ke kawasan sekolah tu. Menangis pulak dia. Nasib baik tak nangis lama. Along kalau menangis bukannya perlahan. Boleh buat semua orang pandang. Lain kali nampaknya kena berhati-hati, tak boleh lalu depan sekolah tu lagi.


24 Mei 2004

Setelah dua hari mendung dan kadang kala hujan, hari ni panas hingga ke petang. Dua hari jugalah mama tak basuh kain. Hari ni semua kain-kain yang ada dalam bakul telah mama basuhkan. Pada petangnya mama angkat kain, tapi tidak terus lipat. Biarkan saja di dalam bilik. Lepas tu mama pergi masak di dapur. Semasa di dapur mama sempat juga jeling-jeling ke dalam, nampaknya pintu bilik tertutup. Tak dengar pula suara Adik atau Along. Senyap je...

Dalam 15 minit kemudian Along berlari ke dapur beritahu nak kencing. Di lututnya ada knee supporter papa. Adik pula berlari keluar dengan memakai stokin bola papa. ..baru lah mama tahu dua beradik ni senyap-senyap dalam bilik rupanya dok pakai stokin dan knee supporter papa yang mama baru angkat dari jemuran.

 Adik pakai stokin bola papa

 

23 Mei 2004

"Happy birthday Along dan Happy belated birthday Adik dari mama dan papa"

Pada pukul 7 pagi tadi usia Along genap 3 tahun. Birthday Along lewat seminggu dari birthday Adik. Tahun ini birthday Adik dan Along diraikan bersama. Papa beli satu kek untuk dikongsi. Tapi kek kali ini lebih besar dari kek tahun lepas.

Kalau tahun lepas adik belum pandai tiup lilin birthdaynya tapi kali ini dia sudah pandai. Tak sabar-sabar dia dan Along menunggu mama pasang lilin pada keknya. Semasa kusyuk makan kek Along telah terlepas kencingnya di bawah meja. Sekarang ni dia dah pandai buang air di bilik air jika dia tak pakai pampers, tapi tadi dah asyik sangat sampai terlepas di bawah meja.

 kek birthday Adik dan Along

 

21 Mei 2004

Adik kena gigit di Along!

Along sekarang ni suka sangat usik adik. Tadi dia berlari pergi duduk di sofa, kemudian dia kata adik tak boleh duduk. Dia fikir Adik nak pergi duduk di sofa. Sebab tu dia cepat-cepat lari pergi duduk di situ. Tapi andaian dia tu silap. Adik pergi duduk di kerusi depan komputer. Apa lagi rancangan Along tak menjadi, dia pergi mengamuklah kat Adik. Ditolaknya Adik. Adik balas balik. Kemudian Along gigit Adik. Terus menangis adik. Bila mama tegur Along, dia terus menangis. Dia ni cepat menangis bila dia tahu dia yang bersalah. Adik pula bila Along menangis, dia terus diam.

 Adik kena gigit di Along

 

20 Mei 2004

Minggu lepas Adik susah nak mandi. Bila diajak mandi selalu dia cakap dah mandi walaupun baru je bangkit dari tidur. Hari ni pula sebaliknya. Tadi masa mama nak mandikan Along, sedar sedar dia dah tak berbaju ada di belakang. Setiap kali Along masuk bilik air untuk buang air, dia sibuk nak mandi.


19 Mei 2004

 Majalah robot Along

 

Ini majalah robot Along untuk bulan ini. Salah satu aktiviti dalam majalah ni untuk bulan ini adalah membuat robot dan pedang daripada kertas yang disediakan. Itulah robot yang telah mama buat untuk Along. Mama ambil masa selama sejam lebih untuk buat benda ni. Rasanya masa yang mama ambil untuk menghasilkan robot ini lagi lama berbanding dengan Along bermainnya. Along buat main sekejap je, tayar hilang entah ke mana, kakinya tercabut.

Last sekali rupa robot tu dah tak sama seperti mana yang mula-mula mama hasilkan dan dibiarkan bersepah-sepah. Lepas tu bila mama dah tak larat nak tengok lagi, mama akan ambik robot ni dan masukkan dalam tong sampah. Biasanya macam nilah setiap bulan selepas papa beli buku robot tu untuk Along.


18 Mei 2004

Hari ni mama tak terfikir nak bawa keluar Adik dan Along ke taman. Tapi selepas mama mandi dan keluar dari bilik air, Adik dan Along dah ready pakai stokin nak keluar. Bila masa pula mama beritahu dia orang nak keluar ni.

Mama masuk semula ke bilik air dan kali ni bila keluar, Along dah pegang roti, katanya nak bagi pada burung di taman nanti.Emmm.. terpaksalah mama bawa keluar hari ni. Mula-mula malas juga nak bawa keluar, tapi bila tengok dia orang sabar menunggu mama sembahyang zohor, kesian pula. Baik je kedua-duanya. Sambil tunggu mama siap dia orang baca buku abc. Kalau selalu macam ni kan bagus. Rasa malas pun boleh bertukar jadi rajin.


17 Mei 2004

Hari ini genap usia Adik 2 tahun. "Happy Birthday Adik!...

Pada dua tahun lepas 17 Mei jatuh pada hari jumaat. Adik dilahirkan pada pukul 7.05 malam. Semasa mama mengandungkan adik, mama tak pernah ada alahan ataupun morning sickness. Dari dalam rahim lagi Adik tidak beri mama banyak masalah sehinggalah Adik dilahirkan. Mama sakit tidak sampai sejam untuk melahirkan adik. Semasa menunggu papa balik dari kerja untuk bawa mama ke klinik, mama sempat lagi mandikan Along. Masa tu hampir pukul enam. Hari jumaat papa baik opis lewat. Papa abih kerja pukul 6.10 petang.

Sampai je klinik sekejap, Adik dah nak keluar. Mama rasa macam tak percaya je bila doktor suruh nurse panggilkan papa masuk, bermakna mama dah nak bersalin. Alhamdulillah mama dapat melahirkan Adik dengan selamat tanpa sebarang jahitan. Sebaik saja Adik keluar dari rahim mama, doktor terus azankan di telinga adik. Masa tu terasa sunyi je yang kedengaran hanyalah suara azan doktor sahaja. Rasa bersyukur kepadaNya. Seperti masa kelahiran Along juga tali pusat Adik papa yang potongkan.


14 Mei 2004

Tadi semasa di taman mama ajar Adik bilang one, two, three,... sambil naik anak tangga gelongsor, tapi lain yang mama ajar lain pula yang disebutnya. Mama sebut one, two, three ... dia sebut ichi, ni , san. Semasa naik tangga balik rumah tadi pun sama, adik asyik sebut ichi, ni, san. Ini mesti Adik belajar dari tv.

Sampai rumah tadi terus Adik minta nasi. Sekarang ni dah pandai minta nasi dengan ebi(udang). Mama sebut udang... dia sebut ebi. Along pula tak suka makan lauk. Kalau makan nasi dia suka makan yang berketul. Sebab tu le dia lebih suka makan nasi beras jepun.

Hari ni hari Jumaat. Biasanya malam ni papa sibuk sikit .Handphone papa selalu berbunyi. Kalau tak call, mail. Papa akan sibuk telefon kengkawannya tanya pasal bola. Kalau tak papa yang telefon, pasti kengkawannya yang telefon. Tanya hari sabtu atau ahad ada main bola atau tak. Si Along pastinya akan perhatikan setiap gaya papa. Hari ini belum lagi malam, Along dah ikut gaya papa. Di ambilnya handphone dia, lepas tu cakap entah apa. Yang mama faham dia sebut ball dan esok saja. Bila mama tanya Along cakap dengan sape, dia kata dia cakap dengan kawannya. Lepas tu dia kata ada bola esok. Sekarang dah sah dah... Along ni ikut gaya papa. Memang papa lah idola Along.


13 Mei 2004

"Ni Woody... ni buzz ...ni sapa mama!..."

Hari ini soalan-soalan seperti itu yang selalu Along tanya. Asyik dengan buku Toy Story II je hari ini. Semalam papa beli buku itu untuk dia dan Adik pula papa belikan buku mickey mouse. Macam mana asyik pun dengan buku tu tapi buku robotnya tetap tidak dilupa. Sekali sekala tu dia tetap tengok juga buku robotnya.


12 Mei 2004

Ini adalah koleksi buku-buku Along dan Adik. Di antara buku-buku tersebut, buku robot yang menjadi buku kesayangan along. Boleh dikatakan setiap hari dia baca buku robotnya itu. Pernah mama cuba sembunyikan buku robotnya. Mama letak buku tu di antara buku-buku papa. Tapi tak berjaya. Along dapat juga mencarinya. Bukan dia cari tapi dia ternampak. Alangkah terkejutnya dia apabila tengok buku dia ada bersama-sama dengan buku papa. Apa lagi teruslah dia ambik buku itu.

 Koleksi buku Along dan Adik

 

11 Mei 2004

Semasa balik dari taman tadi Adik dan Along buat hal. Adik nak didukung, Along pula nak duduk dalam stroller. Along mengamuk dekat traffic light depan Tokyu Store. Semua orang pandang. Along buat malu mama je. Mama pujuk dia, masuk dalam Tokyu Store dan beli robot. Ingatkan boleh pakai cara tu. Rupanya lepas je beli robot dia nak juga duduk kat stroller. Adik mengalah. Adik jalan kaki dan Along yang duduknya.

Kemudian pergi ke drug store untuk beli diaper. Semasa nak keluar dr kedai tu, adik dah tak mahu jalan lagi. Nak pula didukung. Menangis pula adik. Along dah berjaya mama pujuk untuk jalan kaki. Sekarang adik pula buat hal. Lepas sorang -sorang buat hal. Pening kepala mama.


9 Mei 2004

Dah lama Adik dengan Along tak demam. Musim sejuk lepas pun Adik dengan Along tak demam. Alhamdulillah... Hari ini Adik dengan Along demam selesema dan batuk-batuk. Adakah sebab Along dengan Adik bermain air atau hanya kebetulan. Sebelum ini mama tak pernah biarkan mereka bermain air semasa mandi. Siap je mandi terus je naik pakai baju. Harap Adik tak banyak kerenah disebabkan demam ni. Kalau tak susah mama nak buat kerja.


7 Mei 2004

Mama pakaikan baju t Along kepada adik. Along dah semakin membesar, banyak baju yang dia dah tak muat. Biasa Along tak marah kalau adik pakai baju dia. Tapi hari ini dia mengamuk pula. Mungkin baju ni baju kesayangan dia. Dia panggil baju ni, baju ball (bola). Nasib baik ada baju kamen rider sebagai penyelamat.

Masa Along kecil dulu, dia selalu nak pakai baju ball. Dia sebenarnya hanya ada sehelai saja baju yang bergambar bola. Jadi mama beritahu along semua baju dia, baju ball walaupun tak ada pun gambar bolanya. Masa tu Along kecil lagi, dia tak banyak keranah. Dia terima je apa yang mama kata. Kalau sekarang ni tentu dah tak boleh lagi. Along dah semakin pandai.

 Adik pakai baju ball Along

 

4 Mei 2004

Hari ini masuk kali ketiga Along dan Adik pergi ke Toys Kingdom. Sampai saja di depan pintu masuk, terus je Adik dengan Along berlari nak masuk. Tak sabar-sabar Along nak masuknya. Hari ini ramai sangat orang di Toys Kingdom sebab sekarang ni cuti golden week.

 Adik kusyuk bermain

 

3 Mei 2004

Adik sekarang dah mula ingin mengetahui sesuatu. Dia suka tanya apa saja yang dia lihat.

Kalau dulu jika dia tak dapat sesuatu barang yang dia nak, dia tak akan menagis tapi sekarang ni tidak lagi. Kalau tak dapat apa yang dia nak, mengamuklah dia. Tapi sekarang ni masih senang lagi dipujuk.

Semalam, semasa mandi malam, Along dan Adik bermain di bilik air hampir sejam. Sebelum ini mama tak pernah biarkan dia orang bermain di bilik air. Lepas je mandi, terus je pakai baju. Tapi semalam disebabkan Along beli mainan untuk main dibilik air, mama biarkan dia bermain. Ingatkan dia tak bermain lama sebab sejuk, tapi rupanya tidak. Lepas naik dari bilik air, Adik dan Along terus terlena sampailah ke pagi. Ingatkan pagi ni Adik dan Along bangun awal sebab semalam tidur awal. Tapi hampir jam sepuluh semuanya baru jaga dari tidur.

Top

 
tree